Wednesday, 4 December 2013

Wrong direction



Cause I love to feel love but I can't stand the rejection 
I hide behind my jokes as a form of protection 
I thought I was close, but under further inspection 
It seems I've been running in the wrong direction 

There's fish in the sea for me to make a selection 
I'd jump in if it wasn't for my ear infection 
'Cause all I want to do is try to make a connection 
But it seems I've been running in the wrong direction 

Tuesday, 30 July 2013

Kamal Arif

Assalamualaikum ..

Lama tak update blog ni. Tak tahu kenapa, rasa malas je. Hahaha. Biasalah, kalau cuti ni, memang malas la nak update blog(padahal kalau x cuti pon sama je) Haha.
Haaa, Hari ni nak cerita pasal Kamal Ariff. Tadi bkk facebook. Tgk dkt Like tu, ada Kamal Ariff. Tak ingat, bila masa la dila like dia punya page. Hahaha.

Lps tu, stalk la youtube dia. Handsomenyaaaaa dia. *melting* Hahaha. Gedik. Tapiiii, suara dia pon best tau. Kalau nak tahu, try la dgr.*sambil imagine dia nyanyi untuk kita* . Hahaha, gedik lagi. Ni salah satu video dia. Nak tengok yang lain ? Stalk la sendiri ek. Haha. :p





Sorry, sbb dapat bagi link je. Tak boleh nk upload video. tak thu knp. Bkk sendiri la ek link tu. hiks. Okay, tu jelah untuk kali ni.  Ni pon saje je menghilangkan rasa bosan. Hiks. Okay byebye ;)

Thursday, 30 May 2013

Hobby Time Cuti

Hai, assalamualaikum..

Kalau cuti ni, tak sah kalau tak buat hobi yang satu ni. Tapi sebenarnya, kalau tak cuti pon buat jugak. Cuba teka hobi apa ? Jeng jeng jeng..

Online Shopping !
Hahaha. Bila bukak fb je, mesti pergi serbu page yang jejual baju, kasut ni semua. Tapi mostly page yang jual baju la. Suka tengok baju baju. Semua cantik cantik. Rambang mata pulak. Yela kan, nak beli tak boleh. Dah 3 bulan si sugar daddy ni tak masukkan duit. Alahai MARA, toongla masukkan duit cepat sikit. Nak beli baju nak buat raya ni. Hiks. Jauh fikir. Padahal puasa pon tak lagi. hihi.

Kalau sugar daddy ni masukkan duit, banyak benda nak beli tau. Dah tertangguh lama dah. haa, ni list dia..

1) Swimming suit (kekonon nak belajar berenang)
2) Novel
3) Baju, seluar (kalau boleh semua nak beli)
4) Back pack (Nanti nak join panjat gunung)
5) handphone  (memang tak la kan, haha)

Apa lagi ek ? Kalau nak list, memang tak dapat sbb banyak sangat. hiks.

Eh, asal asal nak cerita pasal hobi, tapi dah melalut sampai list barang nak beli ni apa hal ? Hmmm
Ni sebab tak larat dah nak berharap dengan mara ni, letih..

so, tengoklah gambar baju baju yang cecantik dekat page fb tu..


Haaa, cantik kannn. Rambang mata tak ? Hihi. Okay okay, tu je. Bye, Salam.





Wednesday, 29 May 2013

Graduation !

Hai semua !

Rasanya dah lama gila tak update blog ni. Seriously tak sempat + malas. Hiks. Hari ni nak update pasal graduation. Sebenarnya dah lama dah grad, 15 mei hari tu lagi, tapi ni baru berkesempatan nak update. Dila grad sesi petang. Antara kami housemates, Leen je yang grad sesi pagi. Dila, wani, k.dayana and anis grad sesi petang. Seriously nak cakap ni, sesi petang sangatlah penat sebab pukul 6 lebih baru habis. Dah la lapar + mengantuk. semua ada. Hahaha. Hari grad tu, papa dila tak datang sebab adik dila sekolah. So yang datang cuma mummy, angah, abg syahrul dgn my cute nephew and niece. Hehe.

Excited rasa grad tu tak dapat nak cakapla. Hehe. Selebihnya, tengokla gambar. Hihi.














Sunday, 21 April 2013

cuti cuti

Assalamualaikum semuaaaa !

Lama rasanya tak update blog ni. Yelah, busy je memanjang. Di kesempatan yang ada ni, ku curi masa jugak untuk update blog ni. eceewaaaahh. Hahaha.Sekarang ni tengah cuti mid sem. so, sempat la dila update. Cuti ni, rehat je kerja. Yelah, ganti balik tenaga yang dah habis kat sana. kan kannn ?

Besides dari rehat tu, dila buat persiapan beli barang barang nak grad. Persiapan ? Bunyi mcm persiapan kahwin pulak. Hahaha. Persiapan apa ? haaaa, beli kain nak jahit baju kurung, beli tudung, kasut and ecetera ecetera.

Tu jela untuk post kali ni. Tak tahu nak cerita apa dah. Takde idea petang petang mcm ni. Nanti ada idea dila update lagi wokaaayh ? heee :D

Okaaaayyyy, enjoy, happy holidaaaaaayyyyyyyy ! XD

tiba tiba rindu diorang. hiks

Wednesday, 13 March 2013

Gambarrrr

Assalamualaikum dan hai !

Hari ni tak busy sangat, tapi sebelum tido ni dila nak upload gambar gambar selama 2 minggu berada kat sini. Muka happy je. Tapi dalam hati takde siapa yang tahu. Wuwuu ~

Lepas siap explorace. *muka kena conteng dgn glitter dgn bedak sejuk*

k.dayana, wani n faezah

Nak pergi ambik gambar untuk buat kad metrik pon sempat lagi bergambar

senyum tak nampak gigi -.-

ada org tanya, beli sekali ke baju ? Hahaha


Tuesday, 12 March 2013

Minggu yang sibuk.

Hai, Assalamualaikum.

Dah lama tak update blog. Bukan sebab malas, tapi sebab takde masa dan keletihan plus takde internet. Wuuu. Sedih kan ? Tadi baru dila beli wifi, so, boleh update blog.

Dua minggu dekat sini memang rasa nak give up kadang kadang tu. Yelah sebab selalunya kalau kat puncak, nak mkn senang, nak pergi kelas dekat dan tak berpeluh pon. Tapi duduk sini sangatlah penat. pergi kelas kena naik bas, balik kalau rasa larat, jalan kaki. Tu pon ambik masa dalam 15 minit. Tu kalau cepat, tak main main. Kalau jalan lambat lambat, ada lah sampai 20-25 minit. Lepas tu, kalau lif penuh, kena naik tangga sampai tingkat 11. Kalau turun takpe lagi, kalau naik, rasa nak pengsan je bila sampai atas tu. Kalau nak makan pulak semua penuh. Nak solat dekat surau menara pon penuh. Rasa nak menjerit je kat situ. Tak larat tahuu. Ingatkan weekend lepas nak balik, release tension, tapi ada program pemantapan wawasan(PPW) dengan buat kad metrik. PPW tu memang sangat meletihkan dan dila sampai muntah muntah sebab minum telur+kopi+garam. Euuwww. Mula mula tu loya je, tapi lepas tengok sayuti muntah, terus muntah sekali. Yaakkksss.

Bukan nak merungut, tapi, memang rasa tak tahan. Tapi, Alhamdulillah dapat tahan lagi sampai hari ni. Ni pon tiap tiap hari kena pakai salonpas sebab sakit sendi sendi. Rasa nak balik puncak balik. Tapi, kena sabarrr.

Dekat blog ni la boleh meroyan sikit sikit kan, lepas tension. Gambar dila upload next time okay. TAk sempat. Babai.

Wednesday, 27 February 2013

Keluh Kesah ?

Assalamualaikumdah hai kawan kawan !

Betul ke tidak tak tahu tajuk tu ? Hmmm. Tak kisahlah. Yang pasti, dila memang risau sebenarnya nak masuk degree ni. Semua benda risau. Risau pasal bilik nanti macam mana. Risau nanti sekelas dengan senior kat s.alam tu. Risau nak ambik bahasa apa untuk subjek bahasa ketiga tu. Risau jumpa crush. Ehhh, haha. tu gurau je okayyy. Tapi sebenarnya excited pon ada nak masuk degree ni. Yeah. Excited sebab dah lama menternak lemak kat rumah kann. Rasa excited nak masuk kelas kat tempat baru, jumpa orang baru. Hmmm, macam macam lagi lah.

Plus barang nya yang tak siap siap packing lagi. Serabutnya laaaa. Aiyayaya. Okay, tu je kot untuk kali ni. Babai ! *lari pergi sambung packing barang*


Friday, 22 February 2013

favourite song. ^_^

Assalamualaikum kawan kawan. Hee :D

hari ni dila nak share satu lagu ni. Lagu baru ainan tasneem. Comel je music video dia. Maybe sebab hero mv di handsome kot. hehe. Try la dengar ye ! ^_^


video


Ni satu lagu lagi. Sebenarnya kannn, lagu ni dah lama. Tapi, dila baru start minat sebab tengok crush dila tweet dengar lagu ni. So, dila dengar. Best lagu ni. Hehe. Ulang ulang kali dengar lagu ni. Tak bosan bosan. Enjoy okiess ! ^_^

video





Tuesday, 19 February 2013

Cream Puff

Assalamualaikum ! Hai *lelambai tangan*

Hari ni, leen, ain dengan wani datang rumah dila. Memang dah plan lama sebenarnya. Leen nak belajar buat cream puff. Hehe. Mula mula tu, dila suruh diorang datang pagi, sebab kalau petang takut tak sempat siap. Tapi, ain kerja pagi tu. So, diorang datang petang. Hoho

Tunggu punya tunggu, pukul 2 lebih lebih tu, diorang sampai. Tup tup dah ada depan rumah. Terkejut kitteww. -__- Hehe. Lepas je diorang sampai, terus start sukat bahan bahan sbb takut tak sempat siap kalau lambat lambat.

Lepas siap timbang bahan bahan, kitorang start la buat cream puff. Sementara unggu adunan sejuk, kami sempat la snap picture. Hehe. Sempat lagi tuuu. Hihi

muka excited je nak buat cream puff :p
Ain tu kacau adunan ke sengih sbb nak masuk gambar ? :p

Lepas adunan sejuk, baru teruskan buat cream puff tu. Lama betul nak siap. yang lain sekejap je. Part yang bakar tu je yang lama.

cantik tak bentuk dia tu ? Haha
leen tengah fikir macam mana nak buat tu. haha
muka serious bebenor tuuu :p
Lepas je siap puff dia tu, kami pon start buat filling dia. Lepas siap, kami pon makannnn. Hehehe. Excited habis tengok puff tu siap. Tak sabar sabar nak ngap. hihi

Nampak macam sedap tak ? Haa, memang sedap ponn. *perasan je lebih*
Kitorang siap buat cream puff tu pon dah pukul 6 lebih. so, lepas siap siap kemas, diorang pon balik. Hehe

Next plan pavlova. Tapi, tak tahu bila la tu. Hoho


Tu je untuk kali ni. Nanti buat pavlova, dila update lagi okiess ! ^^

Monday, 18 February 2013

Wise word for today

Assalamualaikum. 

Stop hoping for fantasy because it will never gonna happen. Fantasy only appears in books not in the real life. 

So, stop dreaming dila ! 



Saturday, 19 January 2013

Picnic time ! :)

Assalamualaikum ! :)

Lama betul dila tak update blog ni. Hehe. Nak kata sibuk, takdelah sibuk sangat sebenarnya. Sibuk menternak lemak je. Hahaha. Malas je lebih ni.

Semalam, hari jumaat, dila, leen, anis, k.dayana, wani dengan ain pergi pantaiii. woot woot ~ Haha. Enrty sebelum ni kan dila ada cerita yang kitorang plan nak pergi PCB kan ? Tapi, PCB tu tak best dah sekarang sebab tak boleh pergi kat gigi air, Hihi, so, kitorang tukar plan nak pergi pantai Melawi.

Jadi jugak plan kami nak pergi picnic. Ingatkan tak jadi. Yelah, dah lama kan plan. Plan punya plan, kitorang rancang anis bertolak pukul 8.30 macam tu, Lepas tu, anis pergi ambik k.dayana. Lepas ambik k.dayana, dia datang ambik dila dgn wani sbb rumah kami dekat je. (nasib baik jumpa rumah dila) Hehe. Lepas tu, pergi ambik ain . Disebabkan kami tak kenal rumah ain dgn leen, ain tunggu kitorang dekat kotaraya. Lepas tu, ain lead kitorang pergi rumah dia. Hoho. Dekat je sebenarnya. Lepas ambik ain dgn leen, kami pon berolak ke pantai melawi. Yeayyy ! *excited gila rasa*

Sampai je kat pantai, kami bawak turun semua bekalan makanan yang kami bawak. Banyak betul makanan kami bawak. Macam nak camping 3 hari 2 malam. Hahaha. Tapi angin kuat betul. Habis terbang tudung.Rasa macam princess je sebab baju dengan tudung terbang terbang. Hihihi *berangan lebih*

Haa, nampak tak nampak tak tudung teterbang tu ? Haha :p

Lepas beberapa minit, kami tak boleh nak makan sebab angin kuat sangat. Yelah, dengan makanan sekali terbang, Haa, macam mana tu ? So, kami decide nak pergi picnic kat tempat lain. Tapiiii, sebelum tu, dila leen dgn ain sempat la pergi celup celup kaki dekat tepi pantai tu kan. Tak berani nak pergi jauh sebab ombak pon tinggi semacam je. *penakut jugak kitorang ni kan ?*

Gigi air betul kami main kan ? Alaa, main air sampai buku lali je pon. Hihi 

Sekejap je main air, kami pon bertolak ke tempat seterusnya iaitu Taman Tengku Anis. Bila sampai je kat taman tu, Guard tu nak tutup pagar dah sebab dia nak pergi solat jumaat. Alaaaa, kami semua buntu la cari idea. nak picnic kat mana. Last last, kami decide nak makan dekat rumah leen je. Kami picnic kat situ, lepas makan makan, kami solat and bergambaaarrrr. Tu sudah semestinya la kan. Benda wajib tu. Hihihi.
masa bergambaarrr ! :)
wani, anis, dila, ain, leen, k.dayana
wani dengan leen hilang ke mana entah. Hihi

Siap je simpan semua bekalan bekalan, kami hantar ain. Lepas tu kami pon bertolak balik. Tapi, disebabkan dila nak singgan SMO, kami singgahlah dekat kbmall. Haaa, mana lagi kan ? Ramai betul orang kat situ. Bila dah pergi jenjalan ni kan, biasalah, cuci mata tengok baju baju yang cantik vcantik. Nak gila rasa tengok baju. Hahaha. Dila ni memang macam tu, obses dengan baju. Tapi, memandangkan MARA tak bagi kami nafkah untuk cuti ni, terpaksa latahan nafsu. Huhu.

Lepas jalan jalan kejap, kami pon balik. Hihi. Itu jelah post untuk entry kali ni.  Harap harap lain kali dapat pergi lagi. Yeayyy !

xoxo,
Dila
(  i believe in miracles ^^)