Saturday 19 January 2013

Picnic time ! :)

Assalamualaikum ! :)

Lama betul dila tak update blog ni. Hehe. Nak kata sibuk, takdelah sibuk sangat sebenarnya. Sibuk menternak lemak je. Hahaha. Malas je lebih ni.

Semalam, hari jumaat, dila, leen, anis, k.dayana, wani dengan ain pergi pantaiii. woot woot ~ Haha. Enrty sebelum ni kan dila ada cerita yang kitorang plan nak pergi PCB kan ? Tapi, PCB tu tak best dah sekarang sebab tak boleh pergi kat gigi air, Hihi, so, kitorang tukar plan nak pergi pantai Melawi.

Jadi jugak plan kami nak pergi picnic. Ingatkan tak jadi. Yelah, dah lama kan plan. Plan punya plan, kitorang rancang anis bertolak pukul 8.30 macam tu, Lepas tu, anis pergi ambik k.dayana. Lepas ambik k.dayana, dia datang ambik dila dgn wani sbb rumah kami dekat je. (nasib baik jumpa rumah dila) Hehe. Lepas tu, pergi ambik ain . Disebabkan kami tak kenal rumah ain dgn leen, ain tunggu kitorang dekat kotaraya. Lepas tu, ain lead kitorang pergi rumah dia. Hoho. Dekat je sebenarnya. Lepas ambik ain dgn leen, kami pon berolak ke pantai melawi. Yeayyy ! *excited gila rasa*

Sampai je kat pantai, kami bawak turun semua bekalan makanan yang kami bawak. Banyak betul makanan kami bawak. Macam nak camping 3 hari 2 malam. Hahaha. Tapi angin kuat betul. Habis terbang tudung.Rasa macam princess je sebab baju dengan tudung terbang terbang. Hihihi *berangan lebih*

Haa, nampak tak nampak tak tudung teterbang tu ? Haha :p

Lepas beberapa minit, kami tak boleh nak makan sebab angin kuat sangat. Yelah, dengan makanan sekali terbang, Haa, macam mana tu ? So, kami decide nak pergi picnic kat tempat lain. Tapiiii, sebelum tu, dila leen dgn ain sempat la pergi celup celup kaki dekat tepi pantai tu kan. Tak berani nak pergi jauh sebab ombak pon tinggi semacam je. *penakut jugak kitorang ni kan ?*

Gigi air betul kami main kan ? Alaa, main air sampai buku lali je pon. Hihi 

Sekejap je main air, kami pon bertolak ke tempat seterusnya iaitu Taman Tengku Anis. Bila sampai je kat taman tu, Guard tu nak tutup pagar dah sebab dia nak pergi solat jumaat. Alaaaa, kami semua buntu la cari idea. nak picnic kat mana. Last last, kami decide nak makan dekat rumah leen je. Kami picnic kat situ, lepas makan makan, kami solat and bergambaaarrrr. Tu sudah semestinya la kan. Benda wajib tu. Hihihi.
masa bergambaarrr ! :)
wani, anis, dila, ain, leen, k.dayana
wani dengan leen hilang ke mana entah. Hihi

Siap je simpan semua bekalan bekalan, kami hantar ain. Lepas tu kami pon bertolak balik. Tapi, disebabkan dila nak singgan SMO, kami singgahlah dekat kbmall. Haaa, mana lagi kan ? Ramai betul orang kat situ. Bila dah pergi jenjalan ni kan, biasalah, cuci mata tengok baju baju yang cantik vcantik. Nak gila rasa tengok baju. Hahaha. Dila ni memang macam tu, obses dengan baju. Tapi, memandangkan MARA tak bagi kami nafkah untuk cuti ni, terpaksa latahan nafsu. Huhu.

Lepas jalan jalan kejap, kami pon balik. Hihi. Itu jelah post untuk entry kali ni.  Harap harap lain kali dapat pergi lagi. Yeayyy !

xoxo,
Dila
(  i believe in miracles ^^)




No comments:

Post a Comment